assalamualaikum wbt.
kali ini saya ingin berkongsikan pengalaman baru saya menjadi seorang research assistant (RA) bagi kajian kolaborasi antara UTM dengan MIT USA.
Kajian ini adalah berkenaan dengan kadar pengunaan MRT dalam kalangan penduduk di Kuala Lumpur.
gambar 1: tawaran sebagai RA
kajian yang saya lakukan adalah di sekitar kawasan MRT, saya tahu walaupun soal selidik yang perlu diselesaikan hanyalah sebanyak 100 responden sahaja tapi banyak pengalaman baru yang dapat saya terima melalui pengalaman ini. antaranya saya bertemu dengan seorang pengguna MRT di station TTDI yang merupakan seorang albino walaubagaimanapun beliau merupakan seorang peguam. saya bangga dengan beliau kerana kalaupun menghadapi kekurangan namun beliau bersemangat untuk membangunkan diri serta kerjaya beliau.
Kajian ini adalah selama 5 bulan tetapi kami melakukan kaji selidik ini selama seminggu di Kuala Lumpur sebelum kami berangkat pulang ke Johor Bahru
saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama serta memudahkan kaji selidik ini terutamanaya Institut Sultan Iskandar UTM, Dr Vo Van Dut yang merupakan Research Officer saya dan saya juga ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada semua responden yang sudi meluangkan masa menjawab kaji selidik dari kami. hanya allah swt yang mampu membalas semua ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan