Isnin, 25 September 2017

Perbezaan antara Perunding Hartanah (REN) dengan Ejen Hartanah Berdaftar (REA)

Assalamuaikum w.b.t
hari ini saya ingin berkongsikan perbezaan antara REN dengan REA melalui pemahaman saya sendiri. REN merupakan satu kerjaya baru yang wujud disebabkan pihak kerajaan mahu mengekang broker hartanah haram yang bereluasa di negara ini dan mereka ini bekerja dibawah agensi ejen hartanah. Manakala REA pula merupakan pihak yang memegang lesen sebagai pihak yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir Dan Ejen Hartanah.

Dari segi komisyen pula kebiasaannya REN perlu menbahagikan komisyen mereka antara kadar nisbah ejen:prinsipal 50:50 atau 40:60 dan kadar ini bergantung kepada syarikat dimana mereka mendaftar. walaubagaimanapun, REA yang membuka firma mereka sendiri tidak perlu berkongsi komisyen yang diperolehnya.

Bagi menjadi seorang REN syarat yang diperlukan amat mudah dan minimum iaitu mempunyai SPM, menghadiri kursus persediaan perunding hartanah dan mendaftar dengan mana- mana syarikat ejen hartanah pilihan. namun, agak mencabar bagi menjadi seorang REA ini kerana untuk menjadi REA memerlukan individu itu untuk mengambil 12 kertas di INSPEN atau memiliki diploma/ijazah dalam bidang berkaitan harta tanah. Kelayakan menjadi ejen hartanah tidak hanya dinlai disitu sahajatetapi mereka juga perlu menjadi ejen hartanah percubaan dibawah syarikatejen hartanah sedia ada sebelum membolehkan mereka mendapat lesen ejen hartanah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PROJEK SARJANA MUDA IJAZAH SARJANA MUDA (PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN TANAH)

Hi semua Tahun ini merupakan tahun akhir saya sebagai mahasiswa sarjana muda pentadbiran dan pembangunan tanah di UTM. sebenarnya tak ada...