Selasa, 19 September 2017

belajar dan berkejaya.mencabar tapi menyeronokan!

assalamualaikum semua. apa khabar? saya harap sihat hendaknya.hari ini saya nak berkongsi pengalaman saya sebagai seorang pelajar dan juga mengikuti kerjaya sebagai perunding hartanah di sebuah syarikat hartanah tempatan.
 mendapat pelung ini membuatkan saya rasa amat bersyukur kerana tidak semua dapat merasai pengalaman seperti ini. semasa saya memulakan kerjaya ini ketika itu usia saya baru sahaja 20 tahun dan juga merupakan pelajar UTM dalam bidang hartanah. 
saya tahu dan saya sedar dengan kurangnya pengetahuan dan pengalaman dalam hartanah membuat saya rasakan ini satu cabaran yang amat mencabar diri saya. pada usia yang masih muda pastinya jiwa dan semangat kita membara untuk meneroka sesuatu yang baru walaupun adakalanya pekara itu boleh menyebabkan risiko kepada kita. saya tahu akan hal tersebut malah pensyarah2 yang saya meminta pandangan daripada beliau turut menasihati agar mempertimbangkan hal inikerasa berkemungkijnan akan menyebabkan akedemik saya merosot.
apa yang mereka katakan itu benar dan telahpun berlaku. ini kerana pada semester 1 saya mendapat GPA 3.57 namun pada semester berikutnya GPA saya telah jatuh bawah 2.50.sedih? itu sudah pasti,apa tidaknya, itu satu keputusan yang sukar untuk dibayangkan tetapi saya tetap menerima dengan reda dan hati yang terbuka dengan menganggap ada hikmah disebaliknya dan pada masa sama juga saya telah memperoleh pengalaman kerja dalam bidang yang saya pelajari ini.Alhamdulillah, walaupun GPA saya jatuh pada semester lepas namun dengan izin allah swt serta berkat doa dan usaha saya berjaya bangkit semula dari jatuh dalam akademik. 
nasihat saya kepada pelajar yang ingin meneroka kerjaya sambil belajar binalah satu jadual yang teratur agar dapat menyeimbangkan akedemik dengan kerjaya. dalam masa sama juga jangan terlalu fokus pada kerjaya tetapi berilah perhatian yang adil kepadakedua duanya. akhir kata, selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan segala urusan. 

Muhammad Adlan b Mastapar
19 SEPT 2017   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PROJEK SARJANA MUDA IJAZAH SARJANA MUDA (PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN TANAH)

Hi semua Tahun ini merupakan tahun akhir saya sebagai mahasiswa sarjana muda pentadbiran dan pembangunan tanah di UTM. sebenarnya tak ada...