Sabtu, 16 September 2017

Siapa saya?

assalamualaikum dan selamat datang ke laman blog saya. semoga hari anda indah dan dipenuhi kebaikan oleh allah s.w.t. sebelum saya memulakan penulisan ini dan blog ini terlebih dahulu saya ingin merafakkan setinggi kesyukuran kepada allah s.w.t kerana mengerakkan saya untuk mencipta blog ini yang bertujuan untuk memberi perkongsian yang dapat memberi kebaikan pada anda semua terutamanya dalam bidang hartanah. walaubagaimanapun penulisan ini tidak akan diterhadkan kepada hartanah sahaja tetapi saya akan cuba mempelbagaikan untuk penulisan ini.

siapa saya?

sewaktu saya menulis blog ini saya masih berada di Universiti Teknologi Malaysia Skudai sebagai pelajar tahun tiga dan mengambil ijazah sarjana muda sains (pentadbiran dan pembangunan tanah). walaupun masih sebagai seorang pelajar namun bagi seorang yang sedang berdarah muda saya suka untuk meneroka pekara baru sehingga kadang- kadang pekara tersebut saya sendiri tidak mampu untuk tempuhi.

sewaktu ditahun pertama saya mengambil ijazah ini dan pada masa tersebut saya baru berumur 20 tahun, saya telah menceburi diri dalam industri hartanah sebagai perunding hartanah berdaftar dengan kod REN 19277 dibawah syarikat IM Global Property Consultant sdn bhd. Namun saya terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti seketika ditahun ketiga atas sebab memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap kerjaya ini. walaupun begitu rezeki dan peluang yang allah swt kurniakan ini amatlah besar kerana bagi saya tidak semua dapat merasa peluang untuk menceburi kerjaya ini pada usia yang amat muda. hari ini merupakan minggu kedua saya dalam tahun tiga, ijazah sarjana muda sains (pentadbiran dan pembangunan tanah) UTM Skudai.

sekian,
Muhammad Adlan b Mastapar
17/9/2017
UTM SKUDAI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PROJEK SARJANA MUDA IJAZAH SARJANA MUDA (PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN TANAH)

Hi semua Tahun ini merupakan tahun akhir saya sebagai mahasiswa sarjana muda pentadbiran dan pembangunan tanah di UTM. sebenarnya tak ada...